Sunday 16 February 2014


TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA....

Tolong beritahu si dia, aq ada pesan buatnya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta - nya...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatknya alpa...

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana ditelapa kaki mereka
Itu la syurganya...

Tolong ingatkn si dia, aq terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong ingatkn si dia, aq lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong ingatkan si dia, aq kasihinya kerana santunnya...

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkam cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aq milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aq masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarga..

Tolong sabarkan si dia, andai diri enggan didapati kerana menjaga batasan cinta...
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

Tolong pesan padanya, aq tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aq membiarkn Yang Maha Esa menjaga dirinya...

Tolong khbarkn pada si dia, aq tidak mahu melekakan dia...
Tolong khbarkn pada si dia, aq mahu dia berjaya dalam impian & cita-citanya...
Tolong khbarkn pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aq mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...

....TRUE LOVE....

No comments:

Post a Comment